ANAK MASUK WAD

 Assalamualaikum


Syahim ni sebenarnya tak sihat sejak Selasa minggu lepas. Sejap okey, sekejap tak okey. Selasa tu dia demam tapi bila makan ubat dia okey semula. 


Kebetulan kakak dia demam teruk sejak Isnin minggu lepas , LM syak dia terjangkit dengan kakak sebab kerap main di bilik kakak dia. Kakak pula dapat sakit dari kawan sekelas yang ramai jatuh sakit. 


 Khamis lepas semasa travel ke Bali, memang LM bawakan mesin nebulizer dia sekali sebab risau keadaan dia tiba - tiba teruk. 


Rupanya betul sangkaan LM, bila banyak berjalan dia tak berapa okey. Pagi dan malam memang kena bagi dia nebulizer.

 Kelmarin dan semalam masih terus bagi nebulizer tapi tak nampak reda asthma dia, tu yang tadi terus sepakat bawa dia ke hospital lewat petang sebab risau keadaan dia semakin parah. 


Menurut doktor, sekarang ni 3 virus menyerang dengan ganas. RSV, hepatitis B dengan mycoplasma. Setelah test alhamdulillah negative semuanya. Syukur. 


Ini gambar dia ambil nebulizer pertama dan kedua sebelum masuk wad. 

Harapnya keadaan syahim makin baik. Jika malam ni dia tak perlukan bantuan pernafasan, oksigen tak drop InsyaAllah esok jam 6 pagi mula kurangkan nebulizer setiap 4 jam dan petang esok dah boleh balik.


Bila tengok keadaan dia tak berapa stabil, memang terus packing baju Je tadi. Malas nak serabut ambil baju kat rumah. Jimat masa dan tenaga. 


Doakan Syahim cepat sembuh ye korang. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga syahim lekas2 sembuh

    ReplyDelete
  2. Syafakallah Syahim 🤲
    Semoga dipermudahkan juga segala urusan LM ye

    ReplyDelete
  3. semoga anak cepat sihat.. ameennnnn

    ReplyDelete
  4. Semoga Syahim cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. Cepat pulih adik Syahim, sehat-sehat selalu ya...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah lega bila confirm negatif 3 virus tersebut.

    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Syahim. Sian dia.

    ReplyDelete
  7. Allah, semoga cepat sembuh Syahim.

    ReplyDelete
  8. Cepat sembuh untuk anak kakak yaa 🤗. Memang lagi banyak penyakit sekarang ini kak. Saya tulis komen ini pun, saat tengah di hospital, Krn anak saya dirawat inap juga 😅. Sakit sama lah. Napasnya berat sangat, kata dokter ada banyak bakteri saat cek darah. Harus nebu juga, pakai oksigen sampai saat ini.

    Disuruh dokter rawat inap, langsung iyakan saja. Rasanya memang tiap tahun harus ketemu dengan hospital anak saya yg bungsu ini 😅.

    Cepat pulih lagi untuk syahim yaaa. Dijauhkan dari virus2 yg tengah banyak tuh

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com