KEREPEK RAYA DI JENJAROM

 Assalamualaikum


Harini jadual kami padat sejak pagi. Eh sama saja sebenarnya, setiap Sabtu memang jadual padat. Bezanya Sabtu ni kami tidak mencari ikan di Pasar Pudu. 


Seawal 8.30 Pagi Aish dan Syahim ada kelas mengaji. Selesai mengaji terus hantar mereka bertiga ke tuisyen Kumon pula. 


Ayah dan Adik Ad kelam kabut entah apa urusan mereka ulang alik berkali kali. Ayah hantar kereta Honda City untuk di repair. Ada bocor sikit minyaknya, dah lama bocor terpaksa juga repair risau Dik Ad bawa ke Politeknik rosak tengah jalan naya pula nanti. Dik Ad perlu bawa kereta minggu ni kerana nak angkut barang balik dari asrama. Cuti ni ada pihak guna asrama mereka ada program katanya. 


Bila anak yang bertiga tu siap saja tuisyen kumon LM la terpaksa ambil mereka. Memandu saa menjelang Lebaran buat kesukaan LM. Sangat banyak kenderaan. Penat rasa otak. 


Balik saja baru nak rehat Pakji ajak mencari kerepek raya. Bila lagi nak pergi, dah nak raya kan? Terpaksa lah! 



Rak nampak lengang. Tak sempat isi agaknya. Satu jenis kerepek favourite kadang tu cuma ada 4 - 5 paket saja. 



Dapat la 2-3 bakul termasuk aiskrim Malaysia, karipap frozen dan kuih puteri ayu juga. 

Kek batik Marie pun aish sambar untuk juadah berbuka katanya. 

Jelly kelapa ni Syahim yang minta. Beli 3 bekas. Dapat Percuma 3 bekas lagi. Alhamdulillah. 



Balik dari Jenjarom terus mencari set balang kuih raya tapi tak ada yang berkenaan. Pinggan cantik banyak la. 

Ada yang berkenaan. Sabar dulu sebab 1 set beli haritu tak guna lagi. 

Selesai tu terus mencari mee kerana mereka request nak berbuka dengan mee goreng. 



Singgah jenguk kereta di bengkel dulu baru gerak balik. 

Penatnya Allah saja yang tahu. Panas dan berbahang rasa badan. 

Tergolek golek baring balas dendam sampai 5 lebih. Baru nak mula memasak Pakji minta hantar ke bengkel untuk ambil kereta. 

Ni baru siap menumis, kakak request mee goreng basah pula. Maka tumis saja dulu pukul 7 suku baru Gaul mee dia agar tak kering. Kalau tidak, jadi mee goreng mamak la pula. Hehe. 

Apa pun syukur juga sempat cuci 2 trip langsir. 1 trip LM putar, 1 Trip kakak putar. Syukur elok kering . Esok sambung mendobi langsir lagi. 




Post a Comment

4 Comments

Puan Hazel said…
Masuk fasa ketiga Ramadhan ni mula kalut dgn persiapan raya kan...
Nak kemas rumah, kuih muih dsbnya...
fanny_dcatqueen said…
Waaah banyaak jenis keripiknya . Saya jarang membeli keripik saat lebaran, lebih sering saat datang ke suatu tempat utk liburan . Biasanya pasti cari keripik yg dijual orang lokal.

Dah Deket raya memanglah bersih2 rumah termasuk cuci langsir ya kak 😄👍
Warisan Petani said…
Beraneka macam kerepek raya
Mama Zharfan said…
wahhh a day well spent gitew