PASAR PUDU

 Assalamualaikum


Hai hai semua. 

Biasanya LM ke Pasar Pudu mencari stok lauk pada hari Sabtu, tetapi semalam sedikit busy, LM ke Pasar harini. 


Di sini mudah, boleh sembelih sendiri ayam dan dapat ayam segar. Selalu sangat terkena ayam dah berbau tak best bila beli di kedai runcit. Kalau beli yang okey pun perlu cuci dengan daun limau purut la, tepung gandum la bagai. Tapi bila sembelih sendiri terus bawa balik ayam memang segar. Tak perlu nak cuci dengan itu ini elok tak berbau pun ayamnya. 




Ikan dan hidupan laut lebih elok berbanding di pasar borong. 
Meriah. Ramai sangat orang. 

Sebenarnya hari Sabtu Ahad lebih letih berbanding hari biasa. Balik pasar sibuk urus mengemas pula. Takkan nak simpan ikan ayam semua tu tanpa disiang. Huhu


Post a Comment

2 Comments

Kalau beli bahan mentah di pasar memang semuanya fresh . Berbaloi beli .
Mama Zharfan said…
best if dpt beli bahan mentah yg fresh! MZ beli kat supermarket ajerrr laaa sbb jrg2 masak pun sebenarnya