Assalamualaikum
Sekejap saja anak pulang ke rumah, harini dua anak ni dah nak pulang semula ke asrama.
Azhad balik ke politeknik jam 2 lebih petang dari rumah. Terpaksa minta kakak maisarah yang hantar sebab LM dan pakji hantar si dik gerak selepas solat zuhur untuk naik BAS berkumpul di PPD Hulu Langat.
Alhamdulillah anak sampai politeknik jam 5.20 petang.
Si adik, berkumpul di PPD, bas ke Jelebu anggaran 2 30 petang. 2 bas untuk anak-anak KL dan Selangor.
Bas dah gerak. Alhamdulillah jam 4.30 anak sampai asrama.
Esok pagi lengang la dapur masa bersahur. Hurmm... Mujur ada 6 anak, kalau 2 atau 3, memang sepi terus hidup LM ni kot? InsyaAllah jumpa balik raya 2 minggu lagi ye anak - anak
5 Comments
Anak² PH boleh balik setiap minggu spjg Ramadhan ni...