TUAI KUNYIT HIDUP

 Assalamualaikum.Berbaloi ke tanam kunyit hidup? jom saya tunjuk hasil tuaian kunyit hidup saya.

Saya ni bukan rajin selalu pun nak guna kunyit hidup dalam masakan. Bila datang mood rajin baru guna. Kalau tidak, kunyit serbuk saja yang daku guna. Cumanya, wajib tanam pokok kunyit sebab malas nak beli daun kunyit untuk kegunaan dalam masakan sayur labu masak Lemak putih.

Beberapa hari lepas, jiran ada bagitau dia ambil daun kunyit sikit tapi tak ada saiz besar. Dapat yang kecil saja. Saya syak memang dah mula pupus daun kunyit ni petanda pokok ni dah ready untuk dituai isinya. 



Buat kerja bulan puasa, perlu alas sikit agar mudah nak urus tanah yang berterabur nanti. 

Tuai hasil dan terus tanam kembali beberapa rizom yang dah sedikit bertunas agar boleh tuai semula selepas 4 atau 5 bulan lagi. 


Alhamdulillah inilah hasilnya. Nanti datang mood rajin saya kisar buat paste boleh simpan lama. 


saya tak 'pecah pasu' semua. Nak tunggu naik daun pun lama juga. Nanti bila pasu yang baru tanam dah mula meriah daunnya baru saya tuai hasil pasu yang lain pula. 


Alhamdulillah rezeki dari Nya. Tak susah pun tanam pokok kunyit. Masak lomak cili api sedap pakai kunyit hidup. Buat ikan goreng pun sedap, kunyit hidup tambah 2 ulas bawang putih dan sedikit garam. Rasa dia, perghh. 


Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak hasilnya tu. Ye, wajib tanam sebab senang nak guna daun kunyit tu kan. Kalau nak beli daun dan simpan macam tak fresh bila nak guna.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Hsil berbudi kepada tanah tak menghampakan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah best nya tuai hasil yg ditanam sendiri :D

    ReplyDelete
  4. Aissssh segar2 dan besaaar kunyit nya kaaaak. Kalo mama saya dah buat jamu kunyit asam dia, bagus utk wanita saat dapat period. Saya pun rutin minum kunyit asam. Segaaar sangat.

    Tapi buat masak pun pastilah lebih best drpd pakai kunyit bubuk kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.