ALAT MENULIS HILANG


 Assalamualaikum.


Pagi semua. 

Alat menulis anak kecil kerap hilang bila ke sekolah. Ada yang kata, ala... Cicir bawah meja la tu!


Aish Syakir ni cermat sikit orangnya setakat ni. Memang pesan pakai 1 terus simpan, bawah meja kalau cicir pensil atau alat menulis lain terus kutip. Tapi... Masalahnya,

-kawan meja belakang pinjam, dia tak bawa. Tapi dia tak pulang lepas guna.

-kawan sebelah guna. Cikgu kata suruh pinjam sama- sama

Hurm... 

Okey, ni saja cara mampu LM buat. Segala pensil, pensil warna, pemadam, pembaris semua LM letak nama Aish. Haha. 

Pensil warna mak hadiahkan yang 36 batang untuk Aish dan Syahim, mujur LM tak izin bawa ke sekolah. Yang mereka bawa adalah pensil warna zaman kakak abang mereka dulu - dulu yang box dah koyak. Itu pun boleh hilang gais.


Alhamdulillah sejak letak nama ni tak hilang lagi. Berbaloi la. Tak mau membazir, LM cuma pakai kertas biasa, tulis dan lekat pakai selotep. Settle!


Ibu ayah yang anak Sah melangkah ke tahun satu. Sila lah ambil tahu bahawa anak kita perlu alat menulis semasa ke sekolah. Anak bukan ke TADIKA lagi cikgu sediakan pensil warna untuk anak kita. Dulu bayar Yuran tadika tiga empat ratus sebulan boleh la kita nak harap cikgu urus alat menulis anak. Eh gurau. Hehe. 


Ehemm... Anak buat homework nampak guna pensil ada nama anak orang lain. Sure kelam kabut suruh pulang hari esok kan? Biasalah anak anak kecil tak perasan. Tapi luar biasa jika guna tapi tak mau pulang. Haaa tu bikin koyak poket orang lain beb! 


Post a Comment

6 Comments

adnil linda said…
betul tu LM...cuma sekarang nie, nak cari yang jual kaler merah je...hahaha...
kaler merah cepat nooo habisnya...kontot2 dah
mama tisya said…
mmg bab ilang alat tulis ni tkleh nk wat apa walaupun dh tulis nama kan
MRENEYOO said…
Jadi sekarang sudah aman ya pensil warnanya gak hilang lagi hehehe...
anamizu said…
tu lah kesian mak ayah asyik nak kena beli lan je kalau kerap hilang..
Mama Zharfan said…
my razeen selalu hilang eraser...semlm pun hilang jugakkkk
Kakau bebudak lain pinjam bagi balik tu ok lagi . Yang x ok bila dah bagi pinjam buat hak sendiri pulak . Nak beli kerap-kerap pun koyak poket kalau sorang yang beli , tpi ramai yg meminjam .