Assalamualaikum
Mee goreng untuk anak- anak.
Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.
Anak- anak tak liat nak ke sekolah harini walau masih terasa letih berhari raya, tapi ummi la terasa macam berseret kaki bangun pagi ni. Monday Blues selepas cuti raya. Haha.
Kami pulang dari kampung halaman di kira awal juga. Kami gerak hampir jam satu dari Segamat. Pagi tu kemas rumah dulu dan terus beraya di rumah jiran depan. Kelam kabut bersiap terus gerak dalam jam 1 tengah hari dalam hujan lebat.
Singgah Gemas kau Adam nak solat Jumaat. Selepas solat singgah kedai beli buah tangan untuk Ziarah mak angkat pakji. Selepas tu kami terus meredah jam hampir jam 7 singgah makan dulu baru pulang ke rumah. Hampir jam 8 juga baru tiba.
Sabtu pagi Ziarah nenda, balik tu terus beli lauk dan masak untuk sambut bonda dan adik yang nak datang. Semalam kelam kabut juga masak sarapan dan lunch untuk bonda dan adik adik. Tak boleh leka sebab lepas saja zuhur kami perlu gerak hantar Acha nak pulang ke asrama.
Balik tu terus ke pasaraya top up beras dan serba sedikit barang dapur. Dari petang sampai ke malam letih tak hilang sampai la ke pagi ni. Mujur lah raya setahun sekali. Letih ooo raya
5 Comments
betul tu LM. letih wo raya. asyik ke dapor je keje tak sudah-sudah hehehe
ReplyDeleteSama dengan SA la dair petang raya sampai raya ke 3 memang ke dapur aje..tapi elok jugak la..2 hari rumah kena serbu..lepas tu xde dah yang nak datang
ReplyDeleteletih mengadap jem...kikiki...
ReplyDeletenak p beraya pun stress...
MZ masa ari isnin tu pun sgt lemau hahahah
ReplyDeleteMemang kalo sempat mudik dan pergi kemana2 beraya, pasti letih sangat. Saya karena tak kemana2, jadi memang letihnya beda. Bukan letih beraya, tapi letih membereskan rumah karena asisten saya mudik selama lebaran kan 😄. Nasib baik dah pulang. Ada lagi yg membantu di rumah.
ReplyDeleteUtk awal2 ini masakan yg dibuat pun simple. Sama kita kak, saya pun masak telur dadar saja buat anak2
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com