Assalamualaikum
Mee goreng untuk anak- anak.
Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.
Anak- anak tak liat nak ke sekolah harini walau masih terasa letih berhari raya, tapi ummi la terasa macam berseret kaki bangun pagi ni. Monday Blues selepas cuti raya. Haha.
Kami pulang dari kampung halaman di kira awal juga. Kami gerak hampir jam satu dari Segamat. Pagi tu kemas rumah dulu dan terus beraya di rumah jiran depan. Kelam kabut bersiap terus gerak dalam jam 1 tengah hari dalam hujan lebat.
Singgah Gemas kau Adam nak solat Jumaat. Selepas solat singgah kedai beli buah tangan untuk Ziarah mak angkat pakji. Selepas tu kami terus meredah jam hampir jam 7 singgah makan dulu baru pulang ke rumah. Hampir jam 8 juga baru tiba.
Sabtu pagi Ziarah nenda, balik tu terus beli lauk dan masak untuk sambut bonda dan adik yang nak datang. Semalam kelam kabut juga masak sarapan dan lunch untuk bonda dan adik adik. Tak boleh leka sebab lepas saja zuhur kami perlu gerak hantar Acha nak pulang ke asrama.
Balik tu terus ke pasaraya top up beras dan serba sedikit barang dapur. Dari petang sampai ke malam letih tak hilang sampai la ke pagi ni. Mujur lah raya setahun sekali. Letih ooo raya
5 Comments
nak p beraya pun stress...
Utk awal2 ini masakan yg dibuat pun simple. Sama kita kak, saya pun masak telur dadar saja buat anak2