KUAH KACANG

 

Assalamualaikum. 


Tahun-tahun lepas LM sempat order kuah kacang dengan adik ipar untuk stok raya, tapi tahun ni busy pasal apa ntah, tak sempat nak booking. Kuah kacang citarasa arwah MIL ni kena dengan tekak kami anak beranak, kalau dapat yang lain kurang laju makannya. LM kalau buat sendiri pun akan tiru rasa begini juga, baru lah laju makan, hehe.


Kebetulan semasa kami singgah sekejap jenguk ipar duai selepas lawat pusara mak dan ayah mertua semalam, kuah kayangan ni baru siap. Baru selesai masuk bekas. Ada 1 saja baki tak bertuan. Maka terus la LM lama sebemas ni. Okey la jimat masa tak payah buat, alhamdulillah. Berbaloi la RM 20 sebekas dengan kisah gula melaka dan kacang tanah yang harga mahal zaman ni. Biras LM booking 6 bekas. Jual dengan ipar duai Je kot adik ipar LM ni. Hehe


Anak- anak ni suka makan dengan nasi impit begitu saja. LM  suka makan dengan kuah lodeh dan nasi impit. Tak minat sambal tumis. Maka wajib ada lah kuah kacang untuk menu raya.

Alhamdulillah selesai di frozenkan pagi tadi. LM pack dalam bekas kecil- kecil.



Post a Comment

4 Comments

adnil linda said…
linda pun sama...suka makan nasi impit dengan kuah kacang je..itu pun dah sedp...tapi tulah, kuah kacang buat sendri, kejap jadi, kejap tak..hahaha..masih tak berapa mahir lagi
LadyBird said…
ldy rasa tahun ni lady perlu buat sendiri kuah kacang ni.. sebelum ni mmg x masak rumah sdri tuk hr raya, duk umah mak dan umah mak mertua sahaja wlpun ade rumah sendiri..
Mama Zharfan said…
MZ pun sukaaa kuah kcg! menu utama time raya hasil air tgn my mom
fanny_dcatqueen said…
Samaaa lah kak. Kuah kacang ini kalo sedap, memang cocok dimakan dengan apa saja. Kalau di sini, selain pakai kacang tanah, yg lebih sedap pakai kacang cashew. Itu mahaaal harganya 😄. Tapi memang rasanya akan beda sangat, lebih lembuuut dan wangi. Biasanya kalo di sini utk kuah gado2 atau sate Pontianak .

Tapi kalo utk sate, lontong, saya pilih pakai kuah kacang yg biasa saja, tak perlu yg pakai cashew 😂