Assalamualaikum.
Tahun-tahun lepas LM sempat order kuah kacang dengan adik ipar untuk stok raya, tapi tahun ni busy pasal apa ntah, tak sempat nak booking. Kuah kacang citarasa arwah MIL ni kena dengan tekak kami anak beranak, kalau dapat yang lain kurang laju makannya. LM kalau buat sendiri pun akan tiru rasa begini juga, baru lah laju makan, hehe.
Kebetulan semasa kami singgah sekejap jenguk ipar duai selepas lawat pusara mak dan ayah mertua semalam, kuah kayangan ni baru siap. Baru selesai masuk bekas. Ada 1 saja baki tak bertuan. Maka terus la LM lama sebemas ni. Okey la jimat masa tak payah buat, alhamdulillah. Berbaloi la RM 20 sebekas dengan kisah gula melaka dan kacang tanah yang harga mahal zaman ni. Biras LM booking 6 bekas. Jual dengan ipar duai Je kot adik ipar LM ni. Hehe
Anak- anak ni suka makan dengan nasi impit begitu saja. LM suka makan dengan kuah lodeh dan nasi impit. Tak minat sambal tumis. Maka wajib ada lah kuah kacang untuk menu raya.
Alhamdulillah selesai di frozenkan pagi tadi. LM pack dalam bekas kecil- kecil.
4 Comments
Tapi kalo utk sate, lontong, saya pilih pakai kuah kacang yg biasa saja, tak perlu yg pakai cashew 😂