Assalamualaikum
Hai semua.
Pagi ni sahur leftover makanan berbuka semalam juga. Cuma tambah ikan goreng.
Sebelum tidur masak nasi dan pagi terus panaskan lauk.
Lauk gulai siput sedut bersama keladi
Kerang rebus
Ikan goreng
Rendang ayam bersama maman(beli)
Bila anak kecil 2 orang tu berpuasa, LM gigih sikit sediakan nasi untuk mereka bersahur. Sama saja lebih kurang dengan tahun sebelum ni. Sebelum ni syahim belajar puasa pun gitu juga. Masa Syafiq kecil pun sama juga. Anak sekolah ni perlukan tenaga. LM kena pastikan mereka kenyang semasa sahur biar tak kelebihan dan jatuh sakit.
3 anak yang paling atas dulu semasa awal. Belajar puasa, kalau seminggu berpuasa mesti akan jatuh sakit. Kakak, dkk ad dan Acha mula puasa penuh usia 4 tahun. Syafiq mula puasa penuh 40 hari usia 5 atau 6 tahun kot. Usia 4 tahun berapa hari saja sebab nampak dia tak mampu. 2 yang kecil ni pun 4 5 tahun LM masih latih mereka puasa penuh sebulan tapi tak berjaya. Mungkin faktor cuaca, entah la. Apa yang pasti kita didik mereka belajar solat dan puasa dengan baik, semoga Allah permudahkan usaha kita, aamiin
4 Comments