YONG TAU FOO HOMEMADE

 Assalamualaikum


Hai Semua. Dah dinner?



Malam ni LM buat Yong Tau Foo untuk dinner family. 


Sebenarnya dah 2 hari beli bahan cuma tak ada masa nak buat. Esok ada kenduri kahwin anak saudara, maka rajin atau malas WAJIB buat harini juga!


Bukan guna bahan apa sangat pun, pakji beli mee dia yang bergulung macam laksam tu rm4 kot kalau tak silap. Ada 6 ke 8 batang ntah. Lepas tu sos hitam tu 90 sen sebekas.


LM tak minat mee dia tu. Maka LM tak sentuh la, mereka Je makan. Sos hitam pun LM tak suka. Hehe, tu yang LM buat sos merah untuk diri sendiri tu. 


Beli saja bebola jenis apa yang digemari. Pakji beli 6 atau 7 jenis kalau tak silap. Tambah kangkung. Settle.


LM suka Yong Tau Foo yang ada sup. Sebab zaman kecil suka makan di Bandar Hilir, Melaka jenis ada sup ni.

Resepi sup?

Entah, tak tau resepi sebenar. LM buat cara LM saja. 


1 jug air

1 Kiub pati ayam

Garam secukup rasa. 

5 ulas bawang putih ketuk dan cincang. 


Didihkan semua, masukkan bebola( nak makan baru potong/ gunting). Masukkan kangkung dan last baru masukkan mee dia yang macam laksam tu. Mee tu tak boleh rebus lama. Nanti hancur. 


Sos merah pun LM buat versi selera sendiri juga. 

 

Sos merah:

Air 1 gelas

Garam secukupnya

1 sudu teh gula 

1 sudu kecil taucu(kisar) 

2 ulas bawang putih(kisar) 

5-7 tangki cili kering(kisar)

1 sudu besar tepung jagung+1 gelas air(kacau rata) 


Didihkan air. Masukkan semua bahan. Kacau hingga pekat dengan api perlahan. Siap. 



Post a Comment

5 Comments

Warisan Petani said…
Nampak sedapnyer
Mama Zharfan said…
Sedapp.mz biasa beli kat food court giant bt caves jer
Syazni Rahim said…
Thanks share cara2!
fanny_dcatqueen said…
Aahhhh yong tau fu sedaaap. Apalagi dimakan saat musim hujan. Nikmat panas2 kan. 🤤😍. Tertarik juga coba sambal merah kakak. Saya biasa hanya pakai Chili padi diiris
Ammi said…
ammi suka mee yang dalam YTF tu..itu kuehtiow sebenarnya. Dulu masa zaman sekolah pernah kerja sambilan di kilang mee (jadi ada masa tokey tu suruh buat gulungan kueh tiow utk YTF)