AMBIL REPORT CARD ANAK

 Assalamualaikum


Kisah Jumaat minggu lepas. 


Aktiviti sekolah  Acha ni memang selalu dibuat pada hari Jumaat minggu anak balik kampung bermalam. Biasanya jika balik kampung pasti sekolah bantu sediakan 2atau 3 bas yang berhenti di Seremban dan PPD sini tetapi apabila ada aktiviti seperti mesyuarat PIBG atau ambil report card, bas tidak disediakan. Ibu bapa perlu ambil anak sendiri selepas hadiri program tersebut. 


Hari berkerja, anak lain pun bersekolah. SUKAR  bagi kami yang jauh dan berlainan Negeri ni nak hadir. 


2 minggu lepas kami sepakat sewa van 18 seater ambil anak dari sekolah sebab tak dapat hadiri mesyuarat PIBG tu. Jika mesyuarat buat time sabtu anak tidak pulang kampung atau Ahad hari  anak balik ke asrama semula kira okey la. Kadang tu tahun tahun lepas kami ambil anak ngam ngam selapas mesyuarat tamat. Dah pakat dengan anak tunggu siap siap. Meeting dalam kereta meroba laptop tu perkara biasa bagi pakji bila terjadi kes sebegini. 


Jumaat lepas, kami cuba runding untuk sewa van tetapi tak cukup orang. Yang ada cuma 9 orang selepas seorang demi seorang tarik diri. Kos tambah jadi anggaran rm44 seorang dan masing masing terasa mahal seorang demi seorang tarik diri hingga tinggal 5 orang saja. . Maka pakji kata tak mengapa lah, kami ambil sendiri dan bawa seorang kawan Acha sekali. Dia tinggal di Semenyih. 


Anggaran 6.50 pagi kami gerak dari rumah. Dalam 8suku dah sampai, alhamdulillah. Seperti biasa, bila ambil report card LM la orang pertama. Cepat siap, cepat lah balik. Pakji pun banyak meeting. Hari Jumaat nak kejar solat Jumaat juga. 


Siap ambil keputusan exam Acha, dan selesai kan beberapa hal terus bawa anak berdua ni sarapan. Kami pun tak sempat sarapan lagi sengaja tunggu nak makan dekan anak anak ni. 

Bila ke Simpang Durian di kawasan sekolah Acha ni, kami memang sarapan kedai sama saja. Tak jumpa kedai lain ngam tekak. Sini kuih muih pun sedap 


Disebabkan jarang beli durian di Simpang Durian ni, nampak  Musang King mereka duk jual kepada peraih, pakji sambar 2 biji buat rasa rasa selepas sarapan. Rm28 sekilo, buah baru gugur. Kira okey la kan?


Mujur tong sampah ada 2-3 biji seberang jalan depan kedai makan ni. Kalau tak jenuh juga nak angkut kulit durian mencari tong sampah. Huhu.


Tahun depan Acha dah nak naik form 5. Sekali dua saja lagi perlu huru hara bila ada program sebegini nampaknya. Bila program dibuat pada hari berkerja, memang tak ramai ibu bapa tak dapat sertai. Bukan semua orang kerja takda majikan, boleh hadir pada hari Jumaat. Kan? 

Post a Comment

6 Comments

  1. Sewa van utk beramai ramai tapi kalau semua tarik diri mmg tidak la nak sewa sebesar tu kalau dh 5 org kan..
    Itulah pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak2.. anak pun tahun depan dah Form 5.. lepas tu insyallah mesti dah lega :D

    ReplyDelete
  2. Sama, sekolah Abang pun biasanya utk report card day buat same day with PB. Kalau meeting PIBG atau KISB biasanya Sabtu.
    Acha ni sebaya dgn Abanglah, SPM tahun depan. Umminya ni dah tak senang duduk dah 😅 Nervous...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa... Last tu nak struggle sbelum anak mula berterbangan di awanan hihii..

      Delete
  3. sedapnya durian musang king yg baru gugur tu

    ReplyDelete
  4. tu lah besar pengorbanan ibu ayah nak besarkan & sekolahkan anak-anak.. moga LM sekeluarga dipermudahkan segala urusan aminnn

    ReplyDelete
  5. sekolah Khilfi di Melaka pun biasa report card day hari PB. So minggu lepaslah kami pergi menghadap markah periksa dia yang huhuhu...ngeri.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com