BEKAL

 Assalamualaikum

Salam Isnin semua 


Bekal anak - anak harini nasi goreng. Tak sempat beli bahan untuk buat bekal lagi, maka nais goreng saja lah idea bernas yang tepat. Kenyang dan mudah. Ada keropok ikan juga boleh makan bersama nasi goreng. 


Kebetulan ada lebih, maka LM bekalkan sekali untuk kawan Chinese kakak. Dia ni kerja kerja kerja sampai tak ingat makan, kita paksa dia makan la kiranya harini. Sejenis gadis yang tau jalan dari rumah sewa ke office dan tak pandai nak mencari kedai ke apa apa. Semua barang makanan dari kampung pun dia bawa dua minggu  sekali. Alang Alang ada lebih tapau kan sekali untuk dia.


LM pula masih buntu tak tau nak sarapan apa. Korang sarapan apa pagi ni? Selamat berpuasa bagi sahabat yang berpuasa. 

Post a Comment

0 Comments