SCRAMBLE EGG


 Assalamualaikum.

Menu bekal anak gadis LM harini cuma scramble egg bersama sosej dan roti. Menu simple sebab semalam dah masakkan mihun goreng untuk dia. Dua hero kecil dicutikan sebab ada exam UPKK minggu ni. Kakak tak minat sangat menu berat terlalu kerap maka ummi layan kan saja. 


Kami pula bersarapan di luar pagi ni melayan kan si bongsu nak makan mee sup katanya. LM order air kosong saja tak terasa nak makan sebab dah lama tak beli kat kedai tu. Sejak taukey meninggal kedainya dah lengang dan tak sesedap dulu makanannya. Air kotak yang dalam peti sejuk pun tak sejuk semasa aish nak ambil tadi. Semua air tak sejuk. Maksudnya mereka baru on peti ais tu pagi semasa nak buka kedai mula berniaga. Huhu. Kedai lain takda sup daging, maka layan kan saja la si bongsu punya permintaan. Balik nanti ummi masak telur dan roti saja la nampaknya. 

Post a Comment

0 Comments