RUTIN PAGI

 Assalamualaikum



Selamat pagi semua. Rutin pagi selepas dua anak kecil tu ke KAFA kami berdua akan ke kedai mencari barang jika kehabisan roti atau apa apa sayur yang tak ada untuk dimasak. Sebelum beli barang jika tak buat sarapan kami akan bersarapan dulu. 


Alhamdulillah pagi ni kami makan lontong. Kedai ni jadi port Jemaah masjid kami bersarapan. Bila duduk, meja depan kenal, orang meja sebelah kenal. Meja hujung pun kenal. Dah macam pergi kenduri masyarakat setempat. Hehe.



Semasa nak bayar makanan, incek suami nak bayarkan makanan mereka dan akhirnya bila berebut masing masing nak bayar dan dapat sarapan free la kami harini. Alhamdulillah... Moga murah rezeki yang belanja kami harini. Bila incek suami dah mula berborak terus melekat situ berborak sampai tak cukup 10 minit. LM yang dah nak berdiri terus sambung duduk terkebil kebil menunggu di situ. Hehe



Post a Comment

0 Comments