KENDURI KAHWIN

 Assalamualaikum


Salam Isnin. 

Kisah Sabtu lepas, kami ke Muar Bandar Maharani untuk menghadiri Majlis Perkahwinan cucu kepada ibu angkat LM. Ibu ni LM kenal semasa program anak angkat polis zaman persekolahan dulu pada tahun 1996. 


Keluarga angkat LM orang lain, kami diberi keluarga angkat melalui cabutan undi. Abah angkat LM bernama Azmi. Kebetulan isterinya balik ke kampung sebab dia ingat tahun tu tak dapat anak angkat sebab tahun sebelum tu mereka dah dapat anak angkat untuk program tu. Untuk buat persiapan perkhemahan ke hutan keluarga angkat yang akan sediakan baldi, kelambu dan sebagainya. Abah tak boleh bawa balik rumah sebab isterinya tak ada. Maka, abah siapkan barang untuk ke hutan dan tumpang kan LM bersiap mandi makan di rumah Ibu(jiran depan rumah dia). 


Mujur lah ibu tak dapat anak angkat, takda la dia kelam kabut nak layan ramai sangat. Hehe. Paling best, anak ibu pun join sama perkhemahan tu dan kami sebaya. Apa saja bekalan makanan untuk anak ibu terpaksa bagi LM separuh. Kongsi ye nak, pesan ibu. 

Sebaik saja balik dari perkhemahan di hutan baru LM balik bermalam rumah keluarga angkat sebenar sebab mak dah pulang dari kampung. Mak angkat Muda lagi masa tu anak sulung pun baru umur 6 tahun. Hehe


Kami memang tak putus hubungan. Ibu dan bapa angkat satu lagi jejaki cari LM sampai ke Segamat supaya tak putus hubungan. Alhamdulillah ukhwah  LM dengan 2 keluarga ni masih lagi baik sampai sekarang. 

Bukan sekadar baik dengan ibu, tapi baik juga dengan anak-anak ibu. Itulah sebab dapat undangan untuk hadiri perkahwinan cucu sulung ibu. Terasa seperti adik beradik sendiri bila berada bersama mereka. 


Dengan family abah di Langkawi(abah dah pindah Langkawi. Sebelum pencen dia minta tukar kerja di Langkawi dan terus menetap di sana)pun LM rapat dengan adik adik bertiga tu. 


Simpan kenangan bergambar dengan ibu. Moga Ibu sihat selalu. Dah 73 tahun usia ibu tapi masih sihat cuma emosi ibu agak rapuh. Bila jumpa Je menangis. Asik tanya bila la dapat jumpa lagi. 

Setiap kali raya pasti kami Ziarah ibu. Sejak kebelakangan ni nampak ihu susah nak lepaskan kami pulang bila berjumpa, maka kelmarin LM ajar ibu cara angkat call guna WhatsApp. Biar boleh ber video call. 

Kejutan pagi ni, Ibu yang video call. Terkejut juga LM. Dapat berbuah sekejap melepas rindu ibu kata dia akan call esok lagi. Haaa, ibu dah mula seronok bervideo call nampaknya. Alhamdulillah. Senyuman seorang ibu buat kita turut sama rasa bahagia. 

Ibu ni sejak dulu memang penuh kasih sayang. Bila dia peluk cium pakej pegang pipi macam dia layan kita ni budak umur 7-8 tahun. Terasa ikhlas kasih sayang dia sebab tu kami rapat kot? 

LM bukan orang yang mudah rapat dengan orang. Jenis segan. Tak sangka boleh ada ukhwah dengan 2 family ni sejak remaja sampai sekarang. 



Post a Comment

0 Comments