PULUT KUNING

 Pulut kuning.


Ada peminat pulut kuning? LM ni suka sangat makan pulut kuning. Tak kira ada majlis atau hari biasa. Bila teringin nak makan, terus buat untuk lepaskan rasa teringin tu.


Kebetulan  ada stok pulut terus rendam selepas lunch dan buat sambal tumis sekali.



Alhamdulillah... Jadi pulut kuning untuk minum petang kami.



Buat 2 cawan saja beras pulut. 

Bahan:
2cawan beras pulut
1 cawan santan pekat 
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit 
1 keping Asam keping 
Daun pandan secukupnya. 

Cara:
Rendam pulut bersama Asam keping dan serbuk kunyit selama 1 jam. Toskan dan kukus 15 minit berasaskan dengan daun pandan yang di susun di atas loyang kukus. Selesai kukus, Angkat dan gaul dengan santan pekat yang dicampur dengan garam secukupnya rasa. 

Kukus pulut yang telah di gaul santan tadi dan kukus 20 minit lagi. 



Sambal tumis siap.


Sebelum ni kerap juga buat pulut kuning tanak macam nasi tapi sebab rasa yang dikukus tetap menjuarai carta, maka rajin kan diri untuk kukus. 


Alhamdulillah atas rezeki hari ini. Jika cara LM masak tak sama seperti cara kalian harap kalian sudi share di sini. Mana tau boleh try cara kalian pula. 



Post a Comment

0 Comments