STOK LAUK

 Assalamualaikum.

Pagi semua. 

Hari cuti, tugas utama LM adalah penuh kan stok barang basah agar mudah nak memasak sepanjang minggu. Walau rumah bersebelahan dengan pasar borong Selangor tapi gigih la kami ke Pasar Pudu demi mencari stok lebih segar dan murah. 

Si bongsu ummi Aish Syakir minta ikan keli. Nak keli berlado katanya. 

Ikan kembung, kerisi, tilapia dan apa saja ikan memang kami minta mereka bersihkan dulu. Kadang lupa minta bersihkan memang mereka tanya, nak bersihkan? 

Mereka bersihkan ikan kembung.mudah, balik cuci dan rebus. Plan nak buat laksa. 

Dah siap cuci, packing dalam plastik untuk 1 portion masak. Senang nak defrost. 

Ayam pun LM buat macam hi. Biasanya ayam seminggu 3 ekor. Asing bahagian dada dan bahagian lain. Yang dada boleh buat chicken popcorn atau sate untuk bekal anak ke sekolah. 

Sayur LM beli sayur biasa saja, setakat cili api, bayam kangkung kacang panjang. Salad pun murah di sini. Biasanya LM beli  sayur dan cili yang dah siap dalam bakul. Rm2 saja sebakul. 


Post a Comment

8 Comments

  1. Senang nak masak kalau buat prep lebih awal. Jimat masa di dapur.

    ReplyDelete
  2. senang la nak masak2 yer nanti bila stok semua lengkap gini

    ReplyDelete
  3. Senang bila dah asingkan macam ni. Nak defrost pun x lama kan

    ReplyDelete
  4. Memang kalau hari cuti, di dapurlah kita lepak.
    Isi semula ruang kosong peti sejuk. Senang nak masak apabila sudah disusun, tingal ambil saja untuk masak.

    ReplyDelete
  5. Memang yang lecehnya nak menyiang ikan.
    Dah siap siang senang nak masak

    ReplyDelete
  6. ikan keli fav ..kt umh mertua tk mkn ikan keli..kalo bli mmg dlm 2 ekor je utk kita sorg

    ReplyDelete
  7. msa tinggal di KL ammi rajin juga ke pasar pudu

    ReplyDelete
  8. Food preparation memang buat kerjaan memasak JD cepat dah mudah. Saya pun selalu melakukan food prep, sesuai menu seminggu yg sudah saya buat. JD lebih teratur isi kulkas.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com