Mee Rebus Johor

mee Rebus ni LM sempat makan semasa pulang ke Segamat haritu. 


 Assalamualaikum.


Saja nak cerita kisah mee Rebus Johor. Sebenarnya LM tak tau menu mee Rebus ni ada pelbagai versi rasa dia sampai lah bila LM tinggal di Selangor 2012. Bila lama tak pulang ke kampung LM nampak menu mee Rebus terus la order. Tau tau rasa lain!


Bila teringin nak makan, dapat lain terus sentap hati. Rupanya menu utara pun ada mee Rebus. Haha.. 


Sejak kejadian tu, Jika rindu nak makan masakan Johor LM cuma berani order jika kedai tu ada jual menu Johor. Pasti rasa dia tak jauh lari InsyaAllah. Cuma, jika mee bandung memang kena siap sedia la. Kadang beli luar dari Johor dapat mee bandung rasa masam. Sedangkan rasa original perlu ada rasa manis tak ada letak sos dan tomato bagai. 

Biasa la kan, nak makan sesuatu makanan tu perlu pergi tempat yang betul. Cuma satu saja. Jangan pergi Bandung nak cari Sirap bandung memang tak akan jumpa la. Hehehe. 

Post a Comment

0 Comments