Mee Rebus Johor

ni mee rebus yang saya sempat makan semasa pulang ke Segamat haritu. 


 Assalamualaikum semua hai..Saja nak cerita kisah mee Rebus Johor. Sebenarnya saya tak tau menu mee Rebus ni ada pelbagai versi rasa dia sampai lah bila saya tinggal luar Johor.  Bila lama tak pulang ke kampung saya nampak menu mee Rebus terus la order. Tau tau, bila  rasa ..eh lain!


Bila teringin nak makan, dapat lain terus sentap hati. Rupanya menu utara pun ada mee Rebus. Haha. baru saya tau


Sejak kejadian tu, Jika rindu nak makan masakan Johor saya cuma berani order jika kedai tu memang menjual menu Johor. Pasti rasa dia tak jauh lari InsyaAllah. Cuma, jika mee bandung memang kena siap sedia la. Kadang beli luar dari Johor dapat mee bandung rasa masam. Sedangkan rasa original perlu ada rasa manis tak ada letak sos dan tomato bagai. 

Biasa la kan, nak makan sesuatu makanan tu perlu pergi tempat yang betul. Cuma satu saja. Jangan pergi Bandung nak cari Sirap bandung memang tak akan jumpa la, kan?  Hehehe. 


Eh jap, pernah order mee rebus dapat mee sup. errr satu nama lain-lain rasa maksudnya kan?

Post a Comment

4 Comments

  1. Mee rebus byk versi, ikut tempat agaknya kan...

    ReplyDelete
  2. MZ noodle lover, so suka la mee rebus ni!

    ReplyDelete
  3. ammi jarang makan mee rebus tapi sangat suka mee bandung. tapi memang betul...pernah kena mee bandung tak ada langsung kacang tapi penuh dengan sos. Ya Allah ptoong stim sungguh. Tu yang sekarang ni kalau nak order akan tanya, guna sos ke tidak?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.