Assalamualaikum.
Selamat tengah hari semua.Lambat sikit LM bersiaran harini. Busy sejak pagi sampai lah selesai semua tugasan wajib. Pagi tadi selepas anak anak kecil tu gerak ke KAFA, terus kami gerak ke Pasar Pudu mencari stok ayam segar dan sedikit ikan dan sayur. Lepas beli ikan ternampak kerang. Murah ke harganya RM8 sekilo?
Kami jarang beli kerang sebab LM bukan peminat kerang berbanding ahki keluarga lain. Sesekali boleh la. LM cuma makan kerang rebus cicah sambal kicap. Kalau makan di kedai area sini tak ada sambal kicap. Kerang rebus makan dengan sos. Tekak Johor ni mual makan kerang dengan benda manis tu yang malas pun terpaksa masak sendiri kerana nak makan ikut selera kita.
Selesai kemas dan cuci semua ayam dan ikan tadi terus masak. Siap masak LM terus cuci kerang dna rebus.
Dua hero kecil LM tu suka makan kerang rebus. 2kg sekelip mata Je habis kalau di rumah ni.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com