BEKAL SATE

 Assalamualaikum

Salam Jumaat. 


Harini busy sikit, ada Hari Bertemu Pelanggan di sekolah Menengah Syafiq. Memang tak buat sarapan sebab cuma bekalkan roti, sosej dan scramble egg saja untuk bekal anak 3 orang tu pagi tadi. 


Selepas balik dari Sekolah terus mula memasak. Tak sarapan, terus lunch awal Je la harini. Kebetulan sebelum ke sekolah tadi dah defrost ikan siakap. Menu ikannya ikan siakap 3 rasa dan buat pajeri terung saja untuk incek suami. 


Selesai bagi anak kecil yang balik dari kafa tu makan, terus LM kisar bahan untuk buat sate bekal mereka ke sekolah kebangsaan pula. 



Seorang bawa 7- 8 cucuk. InsyaAllah kenyang la kot, dah makan nasi sebelum ke sekolah.


Perap intan ketumbar, sos tiram garam sikit tu saja. 


Grill atas kuali saja. 


LM ni dah takda idea nak masak apa. Menu mereka Simple saja janji anak suka dan habis bekal mereka. Alhamdulillah. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Waaa rajinnya LM buat homemade sate👍👍😁😁🤤🤤

    ReplyDelete
  2. Ringkas tapi nampak sedap satenya tu.
    In syaa Allah kenyang.

    ReplyDelete
  3. sedap nya..home made satay lagi

    ReplyDelete
  4. Boleh pinjam idea sate ni 👍

    ReplyDelete
  5. wah ada sate bestnya :)

    ReplyDelete
  6. Lihat potongan dagingnya, beughhh mantaaap 👍👍👍. Besar ya kak 😍😘. Pasti kenyang 1 cucuk ini. 🤭😄

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com