AYAM MASAK KICAP


 Assalamualaikum.

Salam Khamis. Ayam masak kicap cara LM ni adalah kegemaran Aish dan Syahim. Mereka ni kalau makan ayam kicap pasti makan bertambah. Ayam masak kicap cara mudah dan cepat dimasak dan sedap dimakan.


Ayam masak kicap kegemaran anak-anak di rumah ni wajib lah ada kuah. Kalau style pekat tu pasti mereka sibuk tanya, mana kuah ummi?


Cara LM

Bahan:

1/2 ekor ayam. Gaul garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.


Bawang besar 1 biji-hiris

Bawang putih 2 ulas-hiris

Halia-1 inci - hiris

Cili api 5 biji-hiris

Sos tiram-2 sudu besar

Kicap manis-2

3 sudu besar

Kicap masin 2 sudu besar

Serbuk perasan jika suka

Air secukupnya tapi jangan sampai terlalu cair. 


Kentang di kupas dan potong baji atau ikut selera. Goreng sampai masak. Ketepikan 


Cara:

Tumis Bawang besar, bawang putih, halia dan cili api. Masukkan semua sos dan serbuk perasa dan masukkan air. Biar mendidih dan masukkan ayam dan kentang. Jika suka boleh masukkan daun bawang. Sedap bau dia. Tapi LM tak buat sebab anak tak makan daun bawang.


LM masak menu ni untuk lunch anak anak sebelum mereka gerak ke sekolah menengah dan sekolah kebangsaan tadi.


Korang lunch apa tu? 

Post a Comment

0 Comments