Assalamualaikum. Tadi saya buat sikit daging goreng kunyit. Kebetulan nampak daging tu macam sedap la pula jika dibakar sebab ada lemak juga sikit di daging tu . Maka, saya perapkan  dengan halia, garlic, garam dan sedikit sos tiram. Bakar atas pan saja. 


Tara... 

Jadilah daging bakar style saya. Hehe 


Alhamdulillah kenyang. Jenuh juga nak habiskan. Gigi baru okey dah boleh kunyah benda keras selepas pasang power chain pada braces minggu lepas. Sesekali boleh la makan benda keras ni, jangan kerap. Risau tercabut pula besi bracket braces tu. Haha.