JAGUNG PEMBERIAN JIRAN

 Assalamualaikum


Salam Isnin semua. 

Alhamdulillah rezeki pagi. Semasa incek suami nak gerak ke office tiba tiba jiran berdekatan rumah( selang 1 rumah) datang hantar jagung. Biasanya memang jiran ni kalau bagi apa apa dia letak saja di tembok rumah. Kebetulan incek suami ada di luar dia terus sambut bungkusan jagung. 



Disebabkan incek suami yang sambut pemberian. Jiran mesej update pada LM. Hihi... 

Kalau tak tau dari siapa memang kita serba salah nak makan. Bukan serba salah, tak berani makan sebenarnya. Dia risau incek suami tak sempat update LM siapa yang beri, laju laju dia Inform. 
Rezeki pagi hari. Syukur. 

Nak rebus atau nak dibuburkan ye? Hurmm keduanya sedap. Jagung dia besar betul. Panjang tongkolnya. Nanti selepas masak lunch kita fikir. 

Sebenarnya, kisah pemberian jiran, pernah jiran sini bagi buah Mangga letak di tembok rumah kami. Buah Mangga yang sudah dikupas kulit dan telah di hiris. Tinggal ngap makan saja. Sejuk pula tu. Sedap kan? Masalahnya kami tak tahu pemberian siapa. Laju laju LM pesan pada anak jangan makan dulu. Terus mesej incek suami tanya ada orang mesej dia bagi mangga? Dia jawab tak ada. 

Maka terbiar sejam dua juga mangga tu kami tak berani makan. Rupanya jiran berlainan lorong bagi mangga tu. Dia lambat update incek suami. Dia kata mangga dia tu disuntik kumbang. Dia risau tak elok jika tak dikupas. Mangga chokanan memang sedap. LM suka rasa dia. Kami ada tanam di rumah kami di Segamat jenis tu. Bila dia bagi setiap kali musim mangga tersenyum bila teringat berjam buah Mangga tu kami tenung tanpa berani makan. Hehehe 

Cuma pernah sekali dulu kami pernah makan 3 bungkus makanan. Sejam dua takda siapa udpate bagi makanan dan akhirnya kami tawakal makan sebab takut membazir. Tapi, kalau ditanya sekarang ni mungkin tak berani makan dah kot kalau tak tahu siapa pemberi nya. 

Korang berani makan tak kalau tak tahu siapa beri? 



Post a Comment

0 Comments