KERANG

Assalamualaikum. 

Ada peminat kerang kat sini? LM bukan peminat kerang. Cuma makan kerang rebus atau Bakar yang dicicah sambal kicap. Sebab rasa kerang sedikit hanyir tu hanya boleh diterima tekak jika cicah sambal kicap. Kalau selain tu LM tak akan makan. 



Kebetulan ke pasar hari Sabtu lepas jumpa  kerang. Agak murah rm8 sekilo berbanding harga sebelum ni. Sebelum ni lebih mahal. 


Tengok elok masih hidup sampai bergerak gerak kerangnya. 





 Semasa cuci baru perasan kerang ni adalah jenis kerang bulu pada kulit dia ada bulu halus 


Sebelum ni kami beli kerang bulu jenis besar. Rm18 sekilo masa tu. Yang ni pada LM lebih sedap sebab tak besar sangat macam haritu. 

Kalian cuci kerang macam mana?
LM cuci guna Pelepah daun pisang, letak kerang dalam besen dan gosok sampai bersih. Cuci siput sedut pun sama juga cara ni. Jika ada daun serai LM pakai daun serai. Tak ada la gosok sebiji demi sebiji. Bila nak siap, hehe.

Oh ye,tips tak mahu berpasir atau ada selut pada kerang. LM patah kan 2-3 biji cili api dalam besen tu semasa proses mencuci. Kerang Alan muntahkan pasir dan selut kerana pedih kena cili tu katanya. Setakat ni LM buat memang berhasil, alhamdulillah. 


Post a Comment

0 Comments