KISAH SAMPIN


 Assalamualaikum.

(Kisah gurauan kami. Jangan ambil serius tau) 

Harini ada sambutan Maulid Nabi di sekolah anak berdua ni. Mereka perlu pakai baju melayu lengkap.


Syahim pakai sendiri, Aish pula ummi yang siapkan dia. Disebabkan si bongsu ni baru 7 tahun maka inilah masanya ummi 'Johor' kan dia. Haha..


LM pakaian dia sampin di bahagian dalam. Tak sama seperti abang dia. Kalau kami orang Johor memang pakai sampin begini. Bila dia tengok cara pakai sampin dia tak sama macam si abang terus dia Tanya kenapa dia punya ke dalam?


LM jawab, sebab kita orang Johor💪 ikut ummi. Google gambar baju melayu Johor tunjuk pada dia. Terus dia angguk dan faham (aish lahir di putrajaya dna kami tinggal di Selangor).


Aish nak jadi orang Rompin pakai macam Syahim ke? Dia ikut ayah sebab tu pakai sampin macam tu. Usik LM. (Nama kampung ayah dia Kg Rompin. Terletak di Jempol Negeri Sembilan. Aish ni akan menangis kalau kita usik sakat dia kata dia ni orang Kg Rompin. Oleh kerana dia nak jadi orang Kampung Ummi Johor maka dia redha saja sampin dia begitu.


*"Kalau orang tanya kenapa sampin awak kat dalam aish nak jawab apa? "- soal LM


"Sebab ni pakaian orang Johor! "- dia jawab penuh yakin. Hehehe...


Jangan ambil serius ye korang. Saja  gurau usik anak. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Ok jer pakai sampin gaya johor tu :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...tak best ke kg. rompin tu aish?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com