APAM KAMPUNG

 Assalamualaikum.


Petang tadi LM buat kuih apam. Dah lama tak buat kuih kesukaan anak - anak ni. 


Resepi sama saja resepi yang biasa  guna. 

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(LM guna 3/4 cawan saja) 
23/4 cawan air
1 sudu besar yis kering. 

Cara:
Campur semua dan biar dia naik dua kali ganda anggaran 1 jam. Panaskan kukus, kacau adunan. Sebelum masukkan dalam acuan sapu Minyak pada acuan terlebih dahulu. Masuk adunan dalam acuan dan kukus 15 minit. Jika bekas besar kukus 30-45 minit ikut saiz acuan. 

Semasa mengukus, penutup kukus perlu di tutup dengan  kain agar air wap tak masuk dalam kuih. 

Ada yang naik gebu merekah. Biasanya bahagian tepi loyang kukus akan merekah. 

Kukus kali kedua LM kukus dengan kelapa sekali agar boleh terus jamu incek suami. 
Kuih yang dah masak LM sejuk kan sekejap dalam ulang baru masukkan Salam tupperware. Nak makan baru letak kelapa parut. 


Post a Comment

4 Comments

  1. Kue kampung seperti ini yg saya sukaaaa 😍😍😍😍. Sedaap, apalagi utk teman kopi kan

    ReplyDelete
  2. sedap gebu gebas hasilnya LM :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.mz panggil apam ni apam kukus.pg ni mz bf mkn apam ni jugaklah..beli kat stall

    ReplyDelete
  4. lama x buat kuih apam..dappp

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com