Assalamualaikum
Hai Semua. Dah masuk waktu lunch baru LM update kisah bento pagi tadi. Oleh kerana buntu nak bekalkan apa, maka pagi tadi LM cuma bekalkan salad ayam saja untuk si kakak. Mudah dan ringkas tapi mengenyangkan.
Seperti biasa, satu untuk kakak, satu kawan kakak punya.Bahan:
Dada ayam digaul bersama rempah cajun. Jika tak ada rempah cajun boleh saja perap bersama garlic, garam dan sedikit lada hitam/lada sulah ikut citarasa.
Kentang di cuci dan rebus hingga empuk. Potong kecil-LM guna pressure cooker noxxa hp selama 8 minit.
Grill dada ayam di atas kuali. Potong/hiris ikut citarasa.
Daun salad di cuci dan hiris kecil.
Gaul ayam, kentang dan salad bersama sos kesukaan. LM cuma pakai thousand island saja.
Ini untuk LM. Alhamdulillah kenyang.
5 Comments
sedapnya! pg td MZ bf mkn wrap telur(letak salad)
ReplyDeleteMenyelerakan!
ReplyDeleteOh pakai thousand island yaa. Salad seperti ini favorit saya dan anak2. Mudah nak makan. Dan Krn sudah lengkap, ada fiber, protein dan karbo. Tp saya suka pakai dressing vinaigrette atau balsamic. Light soalnya 😄
ReplyDeleterempah cajun tu mmg sedapkan. kalau gaul dengan kewpie yg roasted sesame tu pun sedap juga ditekak ammi. tapi orang lain taktaulah pulak
ReplyDeleteSedapppp.. cantik je kejadian nya :D
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com