Assalamualaikum.
2 minggu lepas LM ada beli kepala ikan merah. Di sebab kan banyak ada 10 biji dan dah belah dua kesemuanya maka LM masak 2 kali kepala ikan tu. Sepuluh ketul masak kari selepas beli tu dan 10 ketul masak Asam pedas minggu lepas.
Aish suka sangat Asam pedas kepala ikan tu. 3 4 ketul juga dia makan. Dia minta beli lagi sebab sedap katanya. Maka harini LM ke pasar beli la lagi kepala ikan tu. 10 biji cuma rm10 kira okey la. LM minta dia orang belahkan sekali kepala tu agar tak besar sangat.
Alhamdulillah, orang pasar dah tolong belah mudah nak masak.
LM suka makan kari tapi tak pandai sangat masak kari. 5 kali buat kadang tu 2 kali Je menjadi. Selebihnya tak lawa kuahnya. Macam tak pecah Minyak dengan elok dan tak umphh. Dalam keadaan diri letih ni malas nak ambil risiko masakan tak menjadi. Kita bukan orang utara, kita johorean memang pejam mata pun boleh masak Asam pedas. Eh gurau. Maka masak Asam pedas saja lah harini. Lagi pun aish suka masak Asam pedas. Lain kali baru masak kari layan permintaan tekak sendiri. Hehe
Esok dan lusa sedikit busy, memang perlu ke pasar harini. Tu yang kelam kabut dengan anak sekolah pun pergi juga ke pasar agar mudah esok tak kelam kabut.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com