Assalamualaikum.
Hai Semua. Salam Isnin. Entah kenapa Isnin ni Monday Blues la pula letih sebab Sabtu dan Ahad jadual padat dan meletihkan kot? Maka harini punya bekal untuk bawa ke sekolah kebangsaan LM cuma buatkan potato wedges saja untuk 2 hero kecil tu.
Kali ni LM buat dengan mudah saja. Janji rangup dan sedap di tekak anak anak.
Bahan:
Kentang.
Tepung ayam goreng serbaguna
Tepung jagung - sedikit
Cara:
Buang kulit kentang. Cuci bersih dan toskan.
Ambil tepung ayam goreng tak kisah brand apa pun. LM guna brand Bestari. Bancuh dengan air tepung ayam goreng bersama tepung jagung. LM guna 1 sudu besar saja tepung jagung. Jangan terlalu cair supaya mudah nak salute kentang.
Celup kentang dan a goreng. Selamat mencuba!
Sebelum ni LM rebus dulu dan tabur tepung atas kentang yang dah direbus. tapi malas nak rebus dulu. Cara ni tepung lebih cantik salutannya pada pendapat LM la.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com