REVIEW BRACES

 Assalamualaikum.

Selamat petang. 

Monday Blues tapi perlu juga buat segala yang dah diatur. Huhu. Entah kenapa LM terlupa nak jumpa dentist untuk November ni untuk review braces. Rasa macam dah datang awal bulan haritu rupanya LM datang tengah bulan lepas. Patut lah terasa sakit pipi kiri tercucuk hujung tali power chain tu. Bila gigi berganjak ukuran asal pastinya akan jadi terlebih panjang bila gigi kita bergerak.


Alhamdulillah lega dah sampai. Selesai memasak dan rehat sekejap tadi terus bersiap untuk appointment pukul 2.30 petang.


Tersilap budget masa, agak terlewat juga tadi sebab perlu angkat pakaian di jemuran terlebih dahulu sebelum gerak pergi.

Pipi kiri ni dah jadi ulser sebab tercucuk hujung power chain tu. LM pakai braces jenis self ligating. Bukan setiap bulan pakai power chain, biasanya okey Je tapi kali ni mungkin gigi tu dah gerak banyak hujung tu mencucuk pula ke pipi. Sabtu LM mesej cakap nak buat appointment, tapi harini baru free boleh datang. Diam tak diam dah 1 tHun 3 bulan LM pakai braces. Alhamdulillah... Nak datang minggu depan pun busy sebab Acha balik bermalam dari asrama. 


Korang dah lunch ke tu? LM tak sempat lunch pun tadi. Kalau lunch perlu gosok gigi berminit minit la pula agar betul betul bersih sebelum jumpa doktor. Segan la kita walau semasa jumpa tu doktor memang bersihkan gigi tapi malu jika ada sisa makanan terselit pada braces. Hehe. 

Post a Comment

0 Comments