Assalamualaikum.
Hari ni, hari pertama sekolah setelah cuti seminggu. Bukan anak yang liat nak ke sekolah, dak Aish sejak dari Khamis dah merengek tanya Jumaat sekolah atau tidak, rindu nak ke sekolah katanya. Haha. Anak okey tapi Ummi yang liat nak buat bekal sekolah anak setelah lama bercuti rehat sakan. Hehe
Ni bekal pagi tadi untuk si kakak bawa ke office dan bekal 2 adik ke KAFA.
Untuk makan balik dari KAFA, mereka makan omelette saja sama seperti menu sarapan kami.
Bekal untuk ke sekolah Kebangsaan pula LM cuma bekalkan pau ayam frozen. Kukus sekejap sambil memasak. Settle.
Bekal si adik 2 ketul dan si abang minta 3 ketul. Alhamdulillah harap kenyang. Tak cukup pandai pandai la beli ayam gunting ke apa guna duit saku yang ummi bekalkan.
Korang dah lunch ke tu? Menu apa harini. Share la sini
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com