Assalamualaikum.
Selamat pagi. Sambungan kisah perjalanan kami menuju ke Pulau Phuket. Disebabkan kami lewat gerak kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sedara sepupu maka, kami bermalam di Dannok melepaskan lelah sebelum sambung perjalanan.
Kami pilih Hotel M untuk tumpang bermalam. Alhamdulillah selesa, lengkap dengan toiletries serta ada iron juga setiap bilik. Seperti biasa family besar wajib lah ambil 3 bilik. Mujur semua dah besar, tak jadi masalah bila bilik tidak bersebelahan. Dulu wajib ada connecting room untuk bilik anak yang masih kecil bagi mudah kan urusan pantau anak-anak.
Bangun subuh tu kami terus bersiap dan pukul 6 lebih terus sarapan. Siap saja sarapan anggaran jam 8 lebih kami terus check out dan gerak menuju ke Phuket.
Doakan perjalanan kami sentiasa dipermudahkan ye.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com