Assalamualaikum
Sambungan kisah perjalanan kami ke Phuket. Kalau nak di ikutkan, kami mula mengembara jelajahi Thailand sejak 2012/2013 kalau tak silap. Memang kami suka jalan-jalan cari makan di sana selain menikmati keindahan alam.
Koh Samui, Koh Lipe, Krabi, Betong, Pattani, Narathiwat semua tu kami pergi ikut kesesuaian tempoh cuti yang ada. Kalau tak lama cuti kami pergi dekat dekat saja. Hatyai dan Songkhla tu kami akan singgah sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya. Tapi sebab Hatyai dah sesak tak macam dulu, jarang sangat kami meronda ke sana. Jadi serabut susah nak parking dan makan terlalu ramai orang.
Berbalik kepada kisah perjalanan ke Phuket. Kami gerak awal juga sekitar 8 pagi time Thailand. Hujan lebat dalam sejam awal selepas memulakan perjalanan. Bila hujan, kerap minum air pula tu memang akan ke tandas kerap la. Kadang tu tak sampai 2 jam LM dah minta incek suami singgah tandas.
Jika dulu zaman anak kecil kami tumpang tandas di kedai makan saja. Tapi bila anak dah ramai dan besar ni LM baru perasan tandas awam di petrol pump dia bersih walau kawasan yang kami lalu tu bukan kawasan Penduduk Islam. Tandas tetap bersih tak berbau.
Cumanya, tandas dia sedikit unik. Tak ada paip air dalamnya. Yang ada cuma satu kolah kecil tepi mangkuk tandas, ada mangkuk untuk dijadikan sebagai gayung. Agak mencabar juga bagi anak kecil yang tak biasa guna gayung. Risau seluar basah. Apa pun alhamdulillah anak anak kecil LM berjaya gunakan tandas ni. Yeayyy syabas anak!
Kesimpulannya, kami lebih memilih untuk bawa botol air, tadah air dan cuci guna air dari tadahan di paip air. Lebih mudah dan guna air mutlak. Kolah tu kecil sangat saiznya, kalau cerita panjang kena masuk bab istinjak dan jenis Jenis la pula nanti. Boring pula korang kan?
Apa pun, alhamdulillah ada tempat selesa untuk lepaskan hajad. Tidak berbau dan ada sumber air. Botol air mineral kosong banyak saja di dalam kereta, mudah kami nak tadah air semasa tumpang tandas.
Raikan perbezaan, pengalaman setiap kawasan tidak sama. Err zaman dulu kami lalu tandas ni tak macam ni tau. Teknologi baru agaknya. Air tadahan di kolah tu seperti bukan air paip. Nampak seperti air tadahan hujan yang disalur terus ke setiap kolah dalam tandas tu. LM agak saja. Tak tahu lah. Hebat juga teknologi mereka. Apa yang jadi masalah saiz kolah tu kecil. Kalau besar saiz melebihi 2 kolah okey saja nak bersuci guna air tu.
3 Comments
yg penting, toiletnya bersih dan tak berbau! tak kisahlah jenis mcm mana pun
ReplyDeleteSelamat bercuti LM & family. Safe journey Insha Allah
ReplyDeleteyelah...lebih baik guna air dalam botol...yakinlah sikit sbb ktia sendiri yg tadah
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com