Assalamualaikum.
Hai salam Rabu semua. Minggu akhir cuti sekolah memang busy melengkapkan apa yang belum lengkap untuk persediaan persekolahan akan datang.
Harini dijadualkan untuk membayar yuran dan belian buku bagi sekolah KAFA . Kebetulan Si Apit pula ada training bola pagi ni. Maka perlu hantar Apit dulu baru ke sekolah KAFA. Tiba- tiba teringat buku aktiviti Syahim tak lengkap lagi, haritu ada buku yang tak ada stok. Mesej dulu kedai buku tanya stok baru dah sampai atau belum. Bila mereka jawab dah sampai terus check semula buku subjek apa dah beli haritu agar tak terbeli subjek yang sama.
Dropkan Apit, terus pergi beli buku. Lepas tu ke kafa pula urus yuran dan buku dua budak kecil ni. Dapat buku teks juga harini. Alhamdulillah selesai dah semuanya tinggal buku Apit je ada beberapa yang masih tiada stok.
Ahad ni perlu drive jauh hantar Acha pula ke Asrama. Nama dan lencana acha tak jahit lagi sebab tahun ni dia jadi pengawas tukar tudung. Baju tiga hero tu pun perlu jahit nama sebab ada beli sepasang baju baru untuk mereka. Jadilah sepasang seorang baju baru sebab baju tahun lepas tak guna sangat akibat cuaca panas terus pakai pakaian sukan dari bulan tiga kot kalau tak silap sampai ke habis sekolah. Baju sekolah pakai sebulan je rasanya haritu.
Korang ada yang masih di kampung? Kami tak balik kampung, layan kesibukan yang tak berpenghujung ni je.huhu.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com