MENGELASKAN HAIWAN

ASSALAMUALAIKUM 
Salam 3 Ramadan. Pagi tadi LM saja scroll group kelas Aish sementara menunggu dia balik Dari KAFA ternampak guru kelas baru update kerja sekolah  subjek Sains tajuk MENGELASKAN HAIWAN. Panik la juga sebab dah nak ke sekolah Kebangsaan tapi baru tau ada homework. 

Bila semak, kerja yang disalin di whiteboard dah siap dan sudah ditandatangan oleh guru cuma kerja dalam buku aktiviti saja Aish belum siap. Laju- laju  LM buka buku teks dan baca sepintas lalu tajuk tersebut agar mudah nak ajar Aish buat. 


Alhamdulillah selesai juga. Dua muka saja kerja rumah yang guru Sains berikan. Walau nampak guru kelas ada update takpa jika tak sempat siap, guru Sains tak akan kutip pada hari ini tapi tak syok la kerja rumah tak siap. Kena berdisiplin. 

Zaman dulu semasa sekolah rendah kami belajar Sains juga tapi subjek Alam Dan Manusia. Memang LM suka sangat sebab guru yang ajar tu best . Mudah nak faham bila belajar.



Post a Comment

0 Comments