Bunga herba ni namanya Bunga kantan kalau di kampung kami .Dalam bahasa inggerisnya torch ginger. tempat kalian disebut apa?berbau wangi sangat kerap digunakan dalam masakan tradisional.
setahu saya bunga kantan ada yang berwarna pink, pink cair, merah dan ada juga yang berwarna putih. cuma yang putih biasanya orang buat hiasan kerana bau dia kurang wangi berbanding yang warna pink dan merah.
alhamdulillah ada beberapa kuntum ni, boleh dibuang laksa, asam pedas dan kalau rajin boleh buat kerabu bilis juga dengan bunga kantan ni. sedapnya. nyumss
erm, tiba- tiba terfikir. kalau buat nasi goreng kerabu sedap juga kan? ada kantan, letak kacang panjang sikit, kobis sikit, daun daun ulam hijau dua jenis ke? daging bakar sikit. pergghh mantap!
6 Comments
saya suka bunga ni! hiris halus2 dan mkn raw gitu jer sebagai ulam bersama nasi. or kalau nasi goreng bunga kantan pun saya suka jugak
ReplyDeletesedappp...MA pun suka bunga kantan
ReplyDeletesama lahhh kalau kat tempat taufik pun panggil Bunga Kantan juga
ReplyDeletepanggil bukan kantan juga, suka mkn yg dimasak org lain.
ReplyDeletesendiri masak cuma pandai letak dlm asam pedas ja.
Panggil bunga kantan juga. Cantik warna pinknya. Dulu tak suka bau bunga kantan. Tapi sejak suka makan laksa dan asam pedas, dah boleh terima dah. Ehh, jangan dibuang laksa. hihi..terkejut baca dibuang laksa. Rupanya dibuat laksa.
ReplyDeleteBunga kantan dalam nasi goreng ni memang game changer! Aroma dia wangi, rasa pun ada kelainan masam sikit, segar, dan menyelerakan
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.