Pagi semua...sambal nasi lemak is done. hurm, kalau ikut selera BIG BOSS di rumah ni dia memang dia akan approve sambal nasi lemak yang 'berjemaah' bawang begini mengikut sambal yang sering dijual di kampung dia. kalau saya pula sejenis orang yang tak makan bawang yang jelas kelihatan begini pasti agak susah nak makan. kena tolak tepi baru boleh menyuap.haha
takpe, ikut selera masing-masing. bawang dalam sambal nasi lemak memang ada yang saya kisar dan tumis dulu. bawang hiris ni saya letak tumis selepas bawang kisar garing. dah garing segala bawang ni baru saya masukkan cili kisar . tak isu sangat bab bawang. tak suka, kita tolak tepi.
begitu juga dengan perangai manusia. kita tak suka perangai dia yang suka menunjuk-nunjuk kita abaikan saja perangai dia yang tu. dari sisi lain dia seorang kawan yang mengambil berat, setia, jujur dan sangat berdisiplin. Jangan buang segala kebaikan seseorang hanya kerana kita tak suka pada satu kelemahan/ keburukan dalam dirinya. setuju?
8 Comments
Mmg ada org yg suka bawang kalau berjemaah dlm sambal tu .. baru la ada umphhh hahahah
ReplyDeletesedapnya sambal! saya penggemar bawang hehehe
ReplyDeletedapla sambal bawang banyak, makan dengan lempeng. yummy!
ReplyDeleteKena masak ikut selera big boss jugak kan...selera sendiri tolak tepi...
ReplyDeleteTaufik memang tak boleh lari dari sambal...mungkin sebab dari kecil duduk negeri sembilan selera makan pedas
ReplyDeleteSedapnya, sambal nasi lemak dalam gambar. Salam kenal, Ummi Aish. Saya singgah balas dan follow.
ReplyDeletenampak sedappp.. yum yum
ReplyDeleteSuka bawang juga...ada orang kalau nampak bawang besar2 camtu tak makan.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.