BEG



Kisah beg, seringkas mana pun gaya kita memang boleh dikatakan saya sentiasa memakai beg walau keluar ke kedai berdekatan kerana ia memudahkan urusan . Dompet dan handphone boleh diletakkan di dalam beg, kunci kereta pun letak saja dalam beg tanpa perlu risau barang penting tercicir. 

Jika travel melancong atau jalan jalan santai saya lebih gemar memakai beg sebegini saja. Beg murah dan peragut tak 'selera' nak ragut sebab nampak murah dan nampak seperti pemiliknya tidak berduit. hehe. ini cuma andaian saya.

Beg begini talinya panjang. saya akan  pakai melintang ke badan dan bebas bergerak tanpa perlu terlalu runsing tentang barang berharga. Jika nak pergi majlis kenduri barulah pakai handbag yang elok sikit sesuai tempat dan keadaan.

Beg yang kecil tu harganya dalam belas ringgit saja harganya, manakala beg yang besar sikit tu saya beli dalam rm20+ kalau tak silap pada tahun 2019 ke macam tu la. lama dah dan masih berbakti dengan baik setakat ni. alhamdulillah.


Korang kalau ke kedai pakai beg juga? saya ni rasa leceh betul nak pilih barang sambil pegang phone dan purse sebab tu suka pakai beg ke mana saja bila keluar rumah
 

Post a Comment

0 Comments