BEG



Kisah beg, seringkas mana pun gaya kita memang boleh dikatakan saya sentiasa memakai beg walau keluar ke kedai berdekatan kerana ia memudahkan urusan . Dompet dan handphone boleh diletakkan di dalam beg, kunci kereta pun letak saja dalam beg tanpa perlu risau barang penting tercicir. 

Jika travel melancong atau jalan jalan santai saya lebih gemar memakai beg sebegini saja. Beg murah dan peragut tak 'selera' nak ragut sebab nampak murah dan nampak seperti pemiliknya tidak berduit. hehe. ini cuma andaian saya.

Beg begini talinya panjang. saya akan  pakai melintang ke badan dan bebas bergerak tanpa perlu terlalu runsing tentang barang berharga. Jika nak pergi majlis kenduri barulah pakai handbag yang elok sikit sesuai tempat dan keadaan.

Beg yang kecil tu harganya dalam belas ringgit saja harganya, manakala beg yang besar sikit tu saya beli dalam rm20+ kalau tak silap pada tahun 2019 ke macam tu la. lama dah dan masih berbakti dengan baik setakat ni. alhamdulillah.


Korang kalau ke kedai pakai beg juga? saya ni rasa leceh betul nak pilih barang sambil pegang phone dan purse sebab tu suka pakai beg ke mana saja bila keluar rumah
 

Post a Comment

3 Comments

  1. Tengok pada keadaan. Kalau jalan kaki ke kedai Sy bawa purse je. Phone simpan dlm poket seluar. Risau nak berjalan bawa beg bagai... Tapi kalau berkereta, Sy rasa lebih selamat utk bawa handbag.

    ReplyDelete
  2. ammi ke kedai runcit pun angkut jelah bag yang biasa gi keje tu sebab ammi gi keje pakai sling bag kecik je cukup sekadar letak wallet & hp

    ReplyDelete
  3. yg penting, functional dan cantik di mata kita!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.