Assalamualaikum. Dah lunch ke korang? Saya masih tak tau lagi nak makan apa lunch ni. Tadi buat omellete terasa kenyang lagi sampai sekarang, mungkin selepas zuhur baru makan kot?Terasa letih sebab tadi ke pasar busy mengemas barang yang dibeli dan juga busy prep daging konon nak buat menu sihat. Diet beberapa minggu ni ke laut dalam sampai berat badan naik mencanak .
rasanya saya dah perlu kembali ke pangkal jalan demi mencapai berat badan 47kg, hahaha
Daging ni sayang minta potong keping agar mudah saya nak grill. Makan dengan jagung dan salad pun dah cukup sedap. Gantikan barli atau sweet potato ke? tengok la apa yang ada nanti janji sodap . Kan?
Bahan:
Daging
lada hitam(saya kisar sendiri sebab kebanyakan yang dijual dah campur bahan lain tepung dsb)
3-4 ulas garlic
chili flakes jika suka
sos tiram saya letak tapi nak sihat tak payah letak tau.
tambah la oregano ke rosemary apa saja yang korang suka. Saya tak letak. Simple saja kali ni sebab saya dah terlalu letih prep rolled oat untuk sarapan esok dan lusa dan juga prep sayur mentah ikut portion memasak .
Korang lunch apa tu?share la sikit.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.