Assalamualaikum. Dah lunch ke korang? Saya masih tak tau lagi nak makan apa lunch ni. Tadi buat omellete terasa kenyang lagi sampai sekarang, mungkin selepas zuhur baru makan kot?Terasa letih sebab tadi ke pasar busy mengemas barang yang dibeli dan juga busy prep daging konon nak buat menu sihat. Diet beberapa minggu ni ke laut dalam sampai berat badan naik mencanak .
rasanya saya dah perlu kembali ke pangkal jalan demi mencapai berat badan 47kg, hahaha
Daging ni sayang minta potong keping agar mudah saya nak grill. Makan dengan jagung dan salad pun dah cukup sedap. Gantikan barli atau sweet potato ke? tengok la apa yang ada nanti janji sodap . Kan?
Bahan:
Daging
lada hitam(saya kisar sendiri sebab kebanyakan yang dijual dah campur bahan lain tepung dsb)
3-4 ulas garlic
chili flakes jika suka
sos tiram saya letak tapi nak sihat tak payah letak tau.
tambah la oregano ke rosemary apa saja yang korang suka. Saya tak letak. Simple saja kali ni sebab saya dah terlalu letih prep rolled oat untuk sarapan esok dan lusa dan juga prep sayur mentah ikut portion memasak .
Korang lunch apa tu?share la sikit.
11 Comments
senang bila dah pre siap2 mcm ni kan..plus extra sedap sbb dah mesra semua rasa dia
ReplyDeletegrill pun sedap dan sihat jgk.. moga makbul niat diet tu dan istiqamah..👍
ReplyDeletewaaa slim nya LM...MZ tak ingat bila MZ berat 47 kg hahah sbb masa kawin tu MZ version paling slim dah ie 49 kg
ReplyDeletesenang prep siap2..nanti terus grill je...sedapnya..
ReplyDeleteHuihhh halus betul 47kg tu.
ReplyDeleteWahhh 47kg...eqin Ni jauh lagi nak capai BMI normal pun merangkak
ReplyDeleteSamalah dalam misi ke pangkal jalan juga hahaha.. Nak kena diet :P
ReplyDeleteSedap tu ... buat siap2 nanti nak makan boleh terus bakar..
47kg...... Jauhnya untuk saya.
ReplyDeletewowwwww nak cari semula berat 47kg. ammi 47 rasanya 19 tahun lepas. masa kahwin 21 tahun lepas merasalah 45kg tu pastu teruslah sampai sekarang ni jadi 62
ReplyDeleteSama la kita diet kelaut skrg ni hihi. Semoga berjaya mencapai berat badan idaman ye Lydia.
ReplyDeleteFood prep begini memudahkan hidup. Masak jadi cepat. Saya pun suka . Sehabis belanja beli bahan2 dapur, langsung bumbui sekalian, jadi saat masak, dah tinggal defrost.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.