INFLUENZA A

Assalamualaikum. Hai semua. hurm dugaan agak hebat kalini. Marsya dah nak exam bertulis SPM tapi tiba-tiba terjangkiti Influenza A. Pada waktu pagi hari Kelmarin(Khamis) nampak cikgu update berbelas orang telah terjangkiti dan ada simptom influenza dan dibenarkan pulang dari asrama. 

Tak lama lepas tu update lagi jumlahnya telah menjadi 25 orang , sedikit demi sedikit bertambah sehingga jadi 50lebih murid. Jumlah murid satu sekolah cuma seratus lebih saja muridnya. Hati saya dah berdebar sentiasa pantau senarai nama kot la ada nama Marsya dalam list terkini. Bukan dekat nak berkejar ke asrama, dua jam lebih perjalanan. 

Bila pihak sekolah senyap beberapa jam ingatkan okey lah, rupanya seratus tiga puluh lebih murid telah kembali ke rumah dan di asrama hanya 50 lebih saja murid yang masih sihat dan belum ada simptom. 

Hati terus berdoa agar dia dan kawan baik- baik saja. Tapi pada hari semalam seawal 5 lebih pagi ibu kawan dia dah call dan mesej tanya dah ambil anak ke belum. Rupanya bila pihak atasan tak umum sekolah tutup cikgu cuma tulis ibu ayah boleh ambil anak yang  masih sihat atas faktor risau kesihatan anak. Kita ni tak paham kiasan, huhu. Ingatkan biarlah anak tu ke sekolah . Nak SPM kan...

Rupanya anak call kata dapat pengumumam seawal 5.30 pagi suruh mereka kuarantin di asrama. tak boleh ke sekolah. Kalau duduk asrama baik balik kan? kelam kabut la kami seawal 6 pagi dah merayu pihak sekolah bantu siapkan van untuk anak yang nak balik jauh ni. Sepatutnya bas pada hari Jumaat tapi hari Rabu dah kosong sekolah macam kena serang z0mbie. huhu. 

Alhamdulillah ustazah dan pihak sekolah pantas bertindak, ada van untuk anak - anak yang jauh ni . Bila jumpa anak tengok dah lemau semacam muka macam ayam verak kapur. Terus bagi makan, sorok dia dalam bilik lain untuk kuarantin dan bawa ke klinik. SAH! positive Influenza A

Maka bermula la eposide kuarantin. harini masuk hari ke dua. 


Katanya nak nasi goreng juga, kita siapkan la.




Letak sikit pun tak habis, 

Kejap lagi ada pdpr, bangun pun tak larat tu. Guru dah bagitau ada pdpr sila join bagi mereka yang sihat dan larat. Macam takda harapan je nampaknya. Dia dah minta koyok badan dan air mata dah meleleh menahan sakit.

Semalam makan bubur dan overnight oat harini nak sarapan dan lunch nasi tapi entah mampu makan ke tidak tak tau la . Nak paksa makan pun tak sampai hati, dengan lemah dan masih cirit birit sampai ke harini . 

Doakan anaknda kiter cepat sembuh ye korang. Bayangkan 50 lebih murid yang terakhir balik semalam ni dah positive Influenza dan  ada juga positive covid seorang demi seoarang. Harap tak ada pihak guru yang sama terjangkit. huhu

Post a Comment

1 Comments

  1. Kawan cerita sek anak dia pun ramai kena influenza. Anak dia pulak kena rotavirus. Dapat MC 5 hari katanya kena ambil dari asrama.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.