Assalamualaikum. Salam Selasa semua. Nanas MD2 ni kalau tempat kami ni sekilo rm7-8 harganya. Alhamdulillah jumpa ya g jual pelbagai gred dan harga dapat la beli dengan meriah sekali.
Saiz kecil yang paling belakang tu 4 biji rm10. yang terbaring depan tu 2 biji RM10 . Paling besar atas tu sekilo RM8
Jus nanas pun orang tu jual juga. Maka hidup saya akan meriah dengan buah nanas beberapa harini. Zaman kecil saya benci nanas. Lidah saya akan sakit kalau makan nanas. Ayah akan minta mak rebuskan dulu baru bagi saya makan. Sayang betul ayah dengan saya kan?hehe
Bila remaja, saya praktikal di Air Hitam dan pernah buat lawatan di ladang nanas. Maka sejak tu saya tau ada nanas yang manis dan sedap. Saya cuma makan nanas sarawak, moris dan josephine(maaf kalau salah eja)Dah tua ni jumpa MD2 kadang dapat manis, kadang masam juga. haha. Apa pun walau kadang masam, saya makan bukan kerana suka sangat tapi kerana khasiatnya.
Korang suka nanas?
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.