NANAS


Assalamualaikum. Salam Selasa semua. Nanas MD2 ni kalau tempat kami ni sekilo rm7-8 harganya. Alhamdulillah jumpa ya g jual pelbagai gred dan harga dapat la beli dengan meriah sekali. 

Saiz kecil yang paling belakang tu 4 biji rm10. yang terbaring depan tu 2 biji RM10 . Paling besar atas tu sekilo RM8

Jus nanas pun orang tu jual juga. Maka hidup saya akan meriah dengan buah nanas beberapa harini. Zaman kecil saya benci nanas. Lidah saya akan sakit kalau makan nanas. Ayah akan minta mak rebuskan dulu baru bagi saya makan. Sayang betul ayah dengan saya kan?hehe

Bila remaja, saya praktikal di Air Hitam dan pernah buat lawatan di ladang nanas. Maka sejak tu saya tau ada nanas yang manis dan sedap. Saya cuma makan nanas sarawak, moris dan josephine(maaf kalau salah eja)Dah tua ni jumpa MD2 kadang dapat manis, kadang masam juga. haha. Apa pun walau kadang masam, saya makan bukan kerana suka sangat tapi kerana khasiatnya. 

Korang suka nanas?


Post a Comment

11 Comments

  1. sama la dulu memang tak suka nenas sebab sakit lidah,bila minum air masak jadi pahit..sekarang dah ada nenas MD2 ni jad suka pula la

    ReplyDelete
  2. nampak mans & sedap tu..yum yum

    ReplyDelete
  3. Nenas ni banyak khasiatnya. Tapi kalau dapat manis memang nikmat ler. Letak kicap dengan gula. Memang tak sedar makan sampai habis.

    ReplyDelete
  4. saya suka nanas tapi hanya yg masam/kurang masak...tak suka yg manis sbb tak berapa tahan mkn benda2 manis (tak kena dgn tekak)

    ReplyDelete
  5. suka sedap nanas MD2 ni, manis, jiran chinesse kak ana orang Johor selalu beri sebab dia ada kebun nanas kat kampung dia LM

    ReplyDelete
  6. Cie tak makan nenas. Sebab tu la masa kecik makan nenas sakit lidah terus takmau makan dah sampai sekarang.

    ReplyDelete
  7. Nanas sini sihat, nanas di blog Etuza kecik2 , sesak rumput dalam beberapa bulan, baru dibersihkan..buah nanas di makan anjing ..remuk hati..

    ReplyDelete
  8. Sama, masa kecik dulu tak suka nanas, tapi bapak selalu beli nanas dan suruh kiteorang makan nanas. Hidu bau nanas je terus kembang air liur, lepas makan nanas lidah rasa pijar dan gatal.

    Tapi dah besar ni suka pulak. Salah satu khasiat nanas yang saya suka ialah menyeimbangkan PH dalam badan.

    ReplyDelete
  9. Sama, kecik² tak suka nenas sbb rasa dekat lidah tu mcm gatal². Tapi dah besar ni, suka nenas.

    ReplyDelete
  10. Sukaaaaa sangat kalau dpt yg manis kak. Kalo yg masam memang tak nak lah 😅😅.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.