Assalamualaikum. Musim hujan ni jarang sangat saya menjenguk tanaman di tepi rumah. Bila matahari elok memancar dapat la saya luang masa sekejap tengok tanaman yang dah terabai tu. Bila mendongok ke atas nampak bukan main meriah lagi pokok kedondong kami berbuah lebat.
Ada buah yang sedang berputik dan banyak juga yang sedang elok sesuai dipetik.
Saya ni tak berapa gemar minum jus kedondong. Bau diamacam kurang ngan dengan selera saya. Saya lebih gemar makan begitu saja berbanding dibuat jus. Buah naga dan epal merah juga saya lebih gemar makan saja berbanding buat jus.
Korang panggil buah ni kedondong juga ke?
1 Comments
Cie suka air kedondong asam boi sedap. Kalau makan kat kedai yang ada air ni mesti order.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.