7 Kesilapan Ibu Bapa Masa Persediaan Buka Sekolah

 


7 Kesilapan Ibu Bapa Masa Persediaan Buka Sekolah (No. 4 Ramai Buat)

Buka sekolah bukan sekadar beli buku & baju. Banyak mak ayah tersilap tanpa sedar. Elakkan 7 kesilapan ini:

  1. Mulakan persediaan terlalu lewat – Semua jadi kelam-kabut, anak pun stres.

  2. Fokus hanya pada duit & kelengkapan – Emosi & mental anak juga penting.

  3. Tidak bercakap dengan anak tentang sekolah – Anak takut atau cemas kerana tak faham apa yang akan berlaku tiba-tiba kena hantar ke sekolah/ tadika

  4. Membuat perbandingan dengan anak lain – “Kenapa adik awak boleh, awak tak boleh?” Ramai mak ayah buat ini, tapi ia tekan anak.

  5. Tidak tetapkan rutin pagi – Pagi jadi huru-hara, semua tergesa-gesa.

  6. Mengabaikan kesihatan & tidur anak – Anak letih, mudah meragam, susah fokus di sekolah.

  7. Terlalu cemas atau panik sendiri – Anak boleh rasa tekanan itu; penting mak ayah tenang dan positif.

 Tip: Bersedia dari mental, emosi, rutin dan kelengkapan buat pengalaman buka sekolah lebih tenang untuk semua pihak.

Post a Comment

0 Comments