7 Kesilapan Ibu Bapa Masa Persediaan Buka Sekolah

 


7 Kesilapan Ibu Bapa Masa Persediaan Buka Sekolah (No. 4 Ramai Buat)

Buka sekolah bukan sekadar beli buku & baju. Banyak mak ayah tersilap tanpa sedar. Elakkan 7 kesilapan ini:

  1. Mulakan persediaan terlalu lewat – Semua jadi kelam-kabut, anak pun stres.

  2. Fokus hanya pada duit & kelengkapan – Emosi & mental anak juga penting.

  3. Tidak bercakap dengan anak tentang sekolah – Anak takut atau cemas kerana tak faham apa yang akan berlaku tiba-tiba kena hantar ke sekolah/ tadika

  4. Membuat perbandingan dengan anak lain – “Kenapa adik awak boleh, awak tak boleh?” Ramai mak ayah buat ini, tapi ia tekan anak.

  5. Tidak tetapkan rutin pagi – Pagi jadi huru-hara, semua tergesa-gesa.

  6. Mengabaikan kesihatan & tidur anak – Anak letih, mudah meragam, susah fokus di sekolah.

  7. Terlalu cemas atau panik sendiri – Anak boleh rasa tekanan itu; penting mak ayah tenang dan positif.

 Tip: Bersedia dari mental, emosi, rutin dan kelengkapan buat pengalaman buka sekolah lebih tenang untuk semua pihak.

Post a Comment

4 Comments

  1. hari ni dh hari ke 4 persekolahan dan nampaknya our kids dh ok tu dgn rutin pergi sek :) moga yg baik2 ajer utk anak kita semua

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah masuk hari ke-4 hari ini masih lagi berjalan lancar huhuu.. harap berterusan la :D

    ReplyDelete
  3. sonok tgok perkongsian parnets psl anak2 masuk sekolah.. moga anak2 semua diberi kekuatan hari2 mndatag di skolah hehe

    ReplyDelete
  4. Nasib baik SA dh x perlu nak buat semua ni..anak sorang je..dh lepas dh dan dah pandai bawa diri belajar ni pusat pengajian lagi tinggi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.